mjilit.utm.my - Tun Mahathir Mohamad , Former Prime Minister
of Malaysia , Tq .
Negara ku Malaysia , Tanahairku , Tanah di mana sembilan puluh tahun dahulu .
Darah tumpah dan aku dilahir
Di lahir sebagai anak bangsa yang dijajah
Aku membesar mempertuankan orang asing
Terhina dan dihina
Bangsa yang serba kekurangan
Tinggal dipondok berbumbung atap nipah
Berdinding , berlantai kayu
Namun aku lebih bahagia dari ramai bangsaku
Mereka tinggal di pondok robek , tiris apabila hujan
Tanpa pili air tanpa lampu letrik
Anak mereka berkaki ayam , berkudis
Demam panas dan kadang - kadang meninggal
Aku survive , aku ke sekolah , aku ke universiti
Nasib aku lebih baik
Allah Subhanahu Wataala kesian kepada aku
Setelah dijajah oleh satu bangsa , dijajah pula oleh dua bangsa
Aku bertanya akan bangsaku selalunya
dijajah orangkah ?
Alhamdulillah , berkat kesedaran , berkat perjuangan , berkat perpaduan
Bangsaku dibebas , merdeka
Apakah merdeka hanya bermakna tidak dijajah orang
Apakah merdeka bermakna terus merana
Tidak , tidak , tidak
Merdeka bermakna kemajuan
Kemajuan sehingga berdiri sama tinggi
Duduk sama rendah dengan bekas penjajah dan bangsa lain
Bahkan mungkin lebih tinggi
Politik yang menyelamat dahulu
Terus membela bangsa
Negara dibangun , bangsa dibangun , agama dimuliakan
Kemudian....
Malang dan sedih
Bangsa yang berjiwa kental , bersemangat besi
Diserang oleh nafsu dan persaan tamak
Aku dapat apa dari kemerdekaan tanya mereka ?
Mana bahagian aku ?
Dan semangat pun menjadi luntur ,
tidak terdaya mengawal nafsu
Apa makna senang jika untuk mendapat sesuatu begitu susah
Dan nafsu dan perasaan tamak pun di peralat dan disogok oleh
orang - orang politik dan orang kaya
Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih , hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa
usaha , kesenangan yang sedikit
Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal ,
nikmat yang sementara yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan , dijual untuk
nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah , dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus
nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak , terhenti , kerana
segala yang diperjuangkan luput
ditelan nafsu
Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak
akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri , membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti....
Sajak - Dr Mahathir Mohamad - Julai 10 , 2015 .
Selamat Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke 58 , Sehati Sejiwa - 31 Ogos . 2015 .
Hari Kemerdekaan tahun ini disebut Hari Kemerdekaan 2015 untuk menyeragamkan antara
Sarawak , Sabah dan Semenanjung kerana penggabungan Malaysia adalah 16 September 1963 ,
( Hari Malaysia ) manakala 31 August 1957 hanyalah melibatkan Semenanjung sahaja .
Semuga kemerdekaan negara akan mencerminkan roh perpaduan , persefahaman , kekitaan
dan kemanusiaan untuk seluruhnya rakyat Malaysia , In Shaa Allah......
Kepada Tun Dr Mahathir , Selamat Menyambut ulangtahun ke 90 , selamat panjang umur ,
murah rezeki dapat sentiasa bersama kita rakyat Malaysia semuanya , Amin ......
August 13 . 2015 , 10. 00 am , TQ .